Bacalah.... ambillah masa walaupun 1 minit..

Malaikatmu.....


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

p/s:: kenapa sekarang berlaku byk kes buang bayi.?? sedarkah mereka itu, bahawa bayi itu satu anugerah dari Allah.??
renung-renungkanlah... kerana kita semua ini adalah hamba-Nya..

Aku tak suka kau



“Iqa, mari sini sekejap!”
Warghh! Apa lagi yang Along nak ni? Dengan langkah yang malas, aku menuju ke dapur.
“Nah! Tolong hantar puding ni pada Mak cik Sofiah.” Along menghulurkanku sepiring puding jagung yang sudah siap dipotong.
“Eh, kenapa Iqa pula? Kenapa Along tak pergi sendiri?” Aku membantah.
“Along nak jaga gulai ni. Takkanlah rumah sebelah pun, susah sangat nak pergi? Bukan apa pun. Keluar rumah, masuk halaman rumah diorang, beri salam…”
“Ha! Yalah tu! Tak payahlah Along nak ajar Iqa tu semua. Iqa dah tau pun!” Aku mencapai piring berwarna hijau itu pantas.
‘Ya, Allah! Mudah-mudahan bukan setan tu yang buka!” Doaku dalam hati. “Assalamualaikum!” Dan seraya itu, aku mengetuk pintu tersebut 3 kali.
“Wa’alaikumussalam!” Dan apa yang kufikir benar-benar berlaku. Wajah Azhar muncul di muka pintu. Aku menarik muka masam. Kenapalah budak ni rajin sangat nak buka pintu?
“Oh, engkau rupanya!” Azhar tersengih. Matanya memandang piring berisi puding jagung di tanganku. “Hantar kuih ke?” Soal Azhar tersengih.
“Ya! Nah!” Piring itu kuhulurkan kasar.
Azhar tidak segera menyambutnya. “Sebelum aku ambil, aku nak tanya dulu. Kuih ni siapa yang buat? Kau ke?”
“Kalau aku, kenapa?” Soalku membalas.
Azhar tersengih. “Kalau kau, tentu rasanya tawar. Koman-koman pun, bila makan, boleh patah gigi!”
Warghh!! Ikut hati mau saja aku sumbat mulut celupar tu dengan puding-puding ni. Kalau campur piring ni sekali, lagi bagus!
“Bukan akulah! Kakak aku!” Aku menjawab penuh geram.
“Oh, kakak kau…” Azhar mencapai piring itu perlahan. “Terima kasih ya. Nanti kalau kakak kau buat lagi, hantarlah lagi, ya? Tapi jangan kau yang hantar, nanti tak pasal-pasal aku termuntah!” Sambung Azhar.
Aku tersenyum sinis. “Kalau kakak aku buat lagi, nantilah aku suruh dia hantar bahagian yang dah hangus. Ataupun, hantar kuih yang dah basi, baru kau boleh termuntah!” Jawabku geram. “Sebelum aku terlupa, kirim salam dengan emak kau, cakap pada dia, lain kali ajar sikit anak dia ni!” Aku berlalu. Puas hati aku!
“Siapa yang ambil tadi?” Soal Along sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah.
“Entah hantu mana agaknya tu!” Jawabku acuh tak acuh.
“Oo… tentu Azhar kan?” Teka Along tersenyum.
“Siapa lagi? Dialah satu-satunya setan di rumah sebelah tu!”
“Kamu ni tak sudah-sudah bergaduh. Pantang berjumpa, ada saja nak ditekakkan. Cubalah berbaik, Iqa. Tak bagus asyik bermasam muka begitu!” Along menasihatkanku.
“Malas!”
Along menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Entahlah apa nak jadi dengan kamu ni, Iqa! Macam anjing dengan kucing!” Keluh Along.

* * *
Aku mempercepatkan langkahku. Hatiku tambah berdebar. Sewaktu aku menoleh ke belakang, lelaki gila itu masih mengekoriku. “Hoi! Tunggu aku! Apasal kau lari, ha?”
Alamak! Orang gila tu dah lari! Apa aku nak buat ni? Takkan nak berlari pecut dalam kain sekolah begini? Karang tak pasal-pasal jatuh, tentu haru!
“Wargh!!!”
Langkahku mati. Aku betul-betul terkejut dan hampir saja aku terjatuh. Celaka kau hantu!
“Hai!” Azhar tersengih memandangku. “Kalau nak lari, laju-lajulah sikit. tu ha, orang gila tu dah makin dekat dengan kau!” Sengihan Azhar semakin melebar.
“Berambuslah kau!” Aku mencemik. Aku menoleh ke belakang, orang gila yang masih mengejarku tadi semakin menghampiri kami berdua.
“Nak tumpang?” Azhar mempelawa sinis.
Aku menelan air liur. Argh!!! Hari ni ego aku kalah. Mau tak mau, aku terpaksa membonceng motosikal Azhar. Kalau aku tumpang dia, selamatlah aku dari orang gila tu. Lagi pula, cepat sikit sampai.
“Berat kau, ya? Susah nak kawal!” Suara Azhar dalam perjalanan. Aku Cuma diam. Cakaplah apa kau nak cakap sekalipun!
“Kau makan apa, ha? Apasal rasa berat semacam je ni? Makan batu ke?” Azhar membuat muka penat.
“Alahai… banyaklah muka penat kau tu! Bukannya nak mengayuh pun! Lagipun, okey saja motor ni. Tak nampak macam ada masalah pun.” Balasku geram.
“Amboi… Melawan dia! Kau ingat sikit, kau tu menumpang, buatlah cara orang menumpang!”
“Eh, tolong sikit! Kan tadi kau yang ajak aku! Aku pun bukannya nak sangat naik motor buruk kau ni!” Hatiku mula panas.
“Sedapnya mulut mengata motor aku! Eleh, kalau aku tak tumpangkan kau, entah-entah kau dah kena bawa lari orang gila tu!” Motor Azhar semakin meluncur laju.
“Hei, perlahanlah sikit! Kan dah sampai kawasan perumahan ni!” Aku menggigit bibir.
“Kenapa, takut?” Motor Azhar semakin laju.
“Kau ni gila ke? Perlahankan sikit!” Aku menjerit. Dadaku berdebar kencang.
Dari jauh kelihatan bumbung rumahku yang berwarna biru. “Hei, berhentilah!” Aku menepuk belakang Azhar apabila dia sudah melepasi rumahku.
“Eh, apasal tak boleh berhenti ni?” Azhar mula cemas.
“Hei, pijaklah brek tu!” Aku memekik. Tiang lampu yang berada di depan jalan semakin kami hampiri. “Azhar!” Aku memekik lagi. Kali ini lebih kuat.
“Izma, lompat!” Jerit Azhar.
Dan… buk! Aku dan Azhar tercampak di tepi jalan manakala motor Azhar merempuh tiang lampu itu.
Adoilah! Apasal sakit sangat kaki aku ni? “Hoi! Apa ni!” Aku menolak badan Azhar yang menindih kakiku.
Azhar bangun perlahan. “Habislah motor aku!” Azhar menarik motornya.
Aku cuba berdiri namun gagal. Sakit di kakiku tidak dapat ditahan lagi. “Hei, takkan tengok je? Tolonglah aku!” Aku memekik pada Azhar.
“Humang aih! Aku lupa plak kat kau ni. Okey ke?” Cepat-cepat Azhar menghampiriku.
“Okey kepala hotak kau! Bawak motor macam pelesit! Nasib baik aku sempat lompat tadi, kalau tak, dah jadi arwah!” Aku melepaskan geram.
“Yelah tu… Aku jugalah yang salah!” Azhar menghulurkan tangannya. “Mari sini aku papah kau!”
“Hei, pelan-pelanlah sikit! Kaki aku ni sakit tau! Tadi tu, bukan main sedap saja kau landing atas kaki aku!” Cemuhku lagi.
“Izma, kau ni kalau tak ber ‘hei-hei’ dengan aku tak boleh ke? Aku ada nama tau! Sedap pula tu!” Azhar menarik tanganku.
“Suka hati akulah!”
“Eh, karang aku tinggalkan kau di sini, baru padan muka! Merangkaklah kau masuk dalam rumah!” Ugut Azhar.
Aku mencemik. “Ini semua pasal kau juga!”
“Kaki kau tu, kalau luka, balut! Kalau patah, simen! Kalau dah tak berguna, potong saja! Habis cerita!” Kata Azhar sebelum keluar dari rumahku.
Amboi, lancangnya mulut dia! Sedap je suruh aku potong kaki aku ni. Sedangkan semua ni dia punya pasal. Kaki aku sakit, hati aku sakit. Dia tak sakit apa-apa pun. Ee….. geramnya!

* * *

“Oi, dah okey ke kaki kau tu?”
“Apa kau sibuk?” Aku tidak memperdulikan pertanyaan Azhar. Sikit pun aku tak memandang wajahnya. Aku terus menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling laman rumahku itu.
“Sombong nak mampus!”
Aku mengelap mukaku yang basah disiram air. Kurang ajar! Lesap sudah budak seekor ni! Geramnya aku! Aku membasuh kembali mukaku yang terasa licin itu. Apa taknya, ada ke patut muka aku yang lawa ni Azhar siram guna air basuhan kereta bapa dia! Tunggulah kau, kau keluar kejap lagi, kenalah kau!
Aku memutar paip hingga ke paras maksimum. Ha, aku dah agak, dia memang keluar balik. Dari pintu rumah utama Azhar, aku ternampak ada bayang-bayang tubuh yang menuju ke luar rumah.
Okey… Hos sudah kuacukan ke tempat yang sepatutnya. Tunggu dia keluar dulu… Dan, itu dia! Yeihaa!!!!! Air yang membuak keluar dari muncung hos itu kutujukan ke arah Azhar. Basah lecun dia!
Em… macam ada yang tak kena saja ni! Pantas aku menurunkan kembali hos itu. Cepat-cepat aku memutar kembali kepala paip itu untuk memberhentikan airnya dari terus mengalir. Peluhku meleleh keluar.
“Em.. maafkan sa.. saya, pak cik! Sa.. saya ingatkan Azhar tadi!” Tanganku terasa bergegar.
Pak cik Johan memandangku tajam tanpa berkata sepatah pun. Habis rambut, baju dan surat khabar di tangannya basah.
“Tapi, tak apalah kan pak cik? Lagipun, hari dah petang ni. Lepas ni, pak cik tak payah mandi. Tukar baju saja. Kalau pak cik nak mandi pun, mandilah supaya segar sikit. Ha, lepas tu bolehlah pak cik terus pergi surau!” Aku pura-pura tersenyum.
Sebaik saja aku habis berkata-kata, aku terus meluru masuk ke dalam rumah. Perlahan-lahan pintu ku tutup. Nasib baik pak cik Johan tak cakap apa-apa. Kalau tak… adoilah. Lagilah haru!

* * *

Tok! Tok! Tok!
“Woi! Bangunlah! Pukul berapa dah ni, ha?” Suara garau Angah memecah keheningan pagi.
Tanganku meraba-raba mencari jam locengku. Alamak! Pagi apa? Dah dekat tengah hari dah ni!
“Bangunlah! Mentang-mentanglah tak sembahyang, dia membuta sampai tengah hari pula!” Angah bersuara lagi.
Ee… mengalahkan mak nenek pula abang aku seekor ni! Ada-ada saja yang tak kena! “Oi, dah bangun ke masih beradu cik puteri kita ni?” Soal Angah dari luar.
“Sudahlah!” Aku memekik geram. Perlahan-lahan aku berdiri. Aku menarik langsir bilikku. Cahaya matahari yang sudah terik berebut-rebut memasuki ruang bilikku. Aku mengeliat malas sambil menguap panjang.
“Wargh! Ha! Ha! Ha!”
Aku terkejut. Cepat-cepat aku mencari suara orang yang ketawa tadi. “Woit! Baru bangun ke? Matahari dah tegak atas kepala ni!” Azhar ketawa lagi. Sengaja dia menarik langsir biliknya luas-luas.
Sial! Dengan cepat aku menarik balik langsir tadi untuk menutupnya. Macam manalah aku boleh lupa yang bilik aku dengan bilik Azhar bertentangan? Dengan pakaian tidur dan rambut kusut-masai ni dia nampak aku, mana aku nak letak muka nanti? Malulah woi!
“Izma oh Izma! Tidur balik ke? Tak baik tau anak dara bangun lewat!” Celaka kau Azhar! Tu mesti masih duduk depan tingkap memerhati aku tu! Cis kau!
Setelah siap mandi dan mengemaskan diri, aku keluar dari bilik dan terus melangkah menuju ke dapur. Nak buat apa lagi? Melantaklah!
“Ehem! Awalnya bangun!” Sindir Achik.
Aku Cuma menjeling. Aku mencapai cawan kemudian mula membancuh air milo.
“Ntahlah apa nak jadi dengan kau ni, Iqa. Orang dah nak masak makanan tengah hari, kau pula, baru sibuk nak cari sarapan!” Along yang sedang memotong sayur bersuara.
“Kerja kau dalam rumah ni, makan, tidur, makan, tidur sajalah kan?” Angah muncul tiba-tiba.
Ah! Mulalah muka-muka penyibuk ni nak berceramah! Ni yang buat aku rimas ni!
“Aik, nak ke mana pula tu?” Angah mendepakan tangannya menghalang aku keluar dari dapur.
“Eh, jangan sibuklah!” Marahku geram.
“Pergilah tolong kakak-kakak kau tu memasak! Ini tidak, makan saja kau tahu!”
“Habis, Angah tu?” Balasku.
“Angah ni lelakilah, bodoh! Kau tu perempuan! Dah besar panjang pula tu.”
Jawab Angah.
“Apa beza lelaki dengan perempuan? Kan kita sama-sama manusia?”
“Eh, menjawab pula dia! Makin kurang ajar kau nampaknya, ya?” Angah mengecilkan matanya.
“Ngah, kau ni kalau sehari tak kacau Iqa tak senang ke?” Emak muncul. Tu dia, heroin dah datang. Aku tersengih.
“Tulah mak ni! Terlampau manjakan sangat budak ni!” Achik menjelingku.
“Eleh, cemburu le tu!” Aku mencemik. Aku kemudian berlalu ke ruang tamu, Untung juga jadi anak bongsu ni kan? Hehee..

* * *
“Ala Ngah… Tolonglah Iqa kali ni saja!” Aku menarik-narik tangan Angah.
“Ah, sudah! Tak usah nak mengada-ngada. Angah nak pergi kerja ni, mana ada masa nak hantar kau pergi sekolah!” Aku menarik tangannya kasar.
“Tolonglah Angah… Mana ada lagi bas waktu ni!”
Angah mencemik bibirnya. “Tulah, suka sangat bangun lambat! Kan dah tak sempat naik bas!”
“Angah… Iqa dah lambat ni, tolonglah hantar. Kalau Angah nak membebel, nantilah malam karang ke..” Aku merayu.
“Ha, masuklah cepat!” Suara Angah akhirnya.
Aku tersenyum. Cepat-cepat aku membuka pintu kereta Angah.
“Amboi amboi… Kau ingat aku ni driver kau ke, ha?”
Eleh, cerewet! Aku menutup kembali pintu itu lalu membuka pintu di bahagian hadapan. Kupandang wajah Angah yang masam mencuka.
Perlahan-lahan kereta Angah bergerak keluar dari kawasan halaman rumah. Sepanjang perjalanan, Angah hanya mendiamkan diri. Marah aku le agaknya tu!
“Terima kasih ye..” Aku menutup pintu kereta itu cermat.
“Nanti leas kau balik sekolah, jangan lupa singgah kedai jam.” Angah menjeling.
“Kedai jam? Buat apa?” Tanyaku hairan.
“Beli jam loceng. Kalau kau tak ada duit, kau pandai-pandailah minta dari kengkawan kau.” Dan kereta Angah meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan sekolah.
Aku mengetap bibir. Aku mengatur langkah menuju ke kelasku. Sewaktu aku hampir dengan kelasku, aku dapat mendengar suara seorang guru lelaki. Tapi, kenapa suara tu macam aku kenal saja?
“Assalamualaikum.” Aku memberi salam penuh hormat.
“Wa’alaikumussalam. Ha, masuk!”
Aku melangkah masuk tanpa memandang guru yang mengajar. Setahu aku, sekarang ni waktu Cikgu Rokiah, kenapa guru lain pula yang mengajar? Ala, guru baru kot!
“Izma Mizqa! Kenapa tak hormatkan saya, ha? Sudahlah datang lewat, langsung tak pandang muka saya!”
Langkahku terhenti. Apa kena pula dengan guru ni? Perlahan-lahan aku menoleh ke depan. Aku terpegun seketika. Eh… guru baru ke? Kacaknya… Tapi, apasal dia pakai baju seragam sekolah?
Ceh! Kurang asam kau Azhar! Tertipu lagi aku untuk kesekian kalinya!Azhar yang berada di hadapan kelas sedang menekan-nekan perut menahan ketawa. Macam manalah aku tak perasaan? Menyesal pula aku cakap kacak tadi. Fikir dua kali, kacak apa? Macam beruk adalah!
“Hei, Azhar! Cikgu datang!” Azam yang duduk di sebelah tingkap memekik.
Kelam-kabut Azhar berlari mendapatkan tempat duduknya. Yang besembang cepat-cepat menutup cerita. Ha… tu dia.. Guru ‘terbesar’ dah datang!
“Semua berdiri!” Israf bersuara lantang.
“Assalamualaikum semua.” Ucap Cikgu Rokiah.
Salam dijawab serentak. Cikgu Rokiah sudah memulakan pengajaran. Aku cuba untuk memberi perhatian yang sepenuhnya.
“Iqa!” Maria yang duduk disebelahku mencuit lenganku.
Aku memandang malas. “Ada apa?”
“Azhar suruh tunggu dia kalau kau nak balik nanti.” Maria berkata.
“Balik? Balik mana pula ni?” Soalku hairan.
“Balik rumahlah…”
“Eh, buat apa pula aku kena tunggu dia?”
Maria hanya mengangkat bahunya. Aku memandang Azhar yang berada selang 4 meja dariku. Azhar tersengih. Ntahlah dia tu! Gila agaknya.


………………………………………………………………………………………

Aku menguap panjang. Sekejap lagi sampailah aku kat perhentian bas ni. Waa! Ngantuknya! Cepatlah kaki oi.. Aku dah letih sangat ni…
“Izma!”
Aku kenal betul siapa yang memanggil aku tu. dalam dunia ni, dia seorang saja yang panggil aku guna nama tu. Sengaja aku tak menoleh. Malas nak layan!
Ah… aku melepaskan keluhan sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi perhentian bas itu. Tidak berapa lama kemudian, tempat sebelahku diduduki Azhar.
“Apasal kau tak tunggu aku, ha?” Tanya Azhar.
“Suka hati akulah! Buat apa nak tunggu kau? Buang masa!” Aku mencebik bibir.
“Eh, tak baik tau kau cakap macam tu. Kecik hati aku…” Azhar menunjukkan muka sedih. “Kau tau, pasal kaulah aku terpaksa naik bas hari ni.”
“Kenapa pula pasal aku?”
“Kan hari tu kau dah rosakkan motor aku. Sekarang ni, di bengkellah! Kalau hari tu aku tak tumpangkan kau, tentu motor aku tak rosak!”
“Amboi, sedapnya mulut salahkan orang! Kau tu sendiri yang tak reti bawak motor!” Balasku geram.
Belum pun sempat Azhar menjawab, aku berdiri apabila melihat bas ekspres berwarna biru muda itu sudah sampai. Tak kuasa aku nak layan orang gila macam dia ni!
Aku memilih tempat duduk paling belakang. Dalam perjalanan nanti, boleh juga aku tidur sekejap. “Aku duduk sini, ya?” Azhar duduk di sebelahku.
Aku mengeluh. “Tak ada tempat lain ke kau nak duduk, ha?”
“Eh, bas ni kau punya ke? Suka hati akulah nak duduk di mana sekalipun.” Jawab Azhar menyindir.
Argh!! Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Angin yang menampar-nampar wajahku membuat aku semakin mengantuk.
“Izma, bangun! Kita dah sampai ni!” Aku terasa bahuku digoncang.
Aku mencelikkan mataku. Waa! Macam mana aku boleh tertidur atas riba Azhar ni? Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku membuat muka selamba walhal aku tau mukaku sudah merah padam. Perlahan-lahan aku berdiri.
“Best ke tidur atas paha aku tadi?” Soal Azhar ketika aku melangkah turun dari tangga bas.
“Taik kau!” Aku memandang tempat lain.
“Nasib baik tak keluar air liur basi, kalau tak, nak kena rendam seluar aku ni. Mau 2 minggu agaknya baru hilang bau!”
Aku menelan air liur. Mukaku terasa begitu panas sekali.
“Janganlah marah cik adik oi… Makin buruk muka!” Azhar tersengih lagi.
“Huh!” Cepat-cepat aku beredar masuk ke dalam rumah. Namun telingaku masih dapat menangkap suara tawa Azhar yang semakin kuat. Celaka kau!

* * *

Punggungku terasa panas. Apalagi hati aku sekarang ni. Aku memandang Azhar yang sedang bergurau senda dengan Nurul dan Amelia. Ada kalanya mereka ketawa mesra membuat hatiku bertambah tidak menentu.
“Aik, tak senang duduk nampak?” Maria menepuk bahuku perlahan.
Aku sekadar tersenyum. Sesekali mataku melirik ke arah Azhar dan dua orang rakannya itu.
“Oh, ya! Sebelum aku terlupa, Ikhwan kirim salam pada kau.” Kata Maria kemudian.
“Waalaikumussalam.” Jawabku perlahan.
“Kau tak nak jumpa dia ke?” Maria memandangku.
“Kenapa pula?” Aku hairan.
“Dia bertugas di perpustakaan hari ni. Kalau kau nak jumpa dia, boleh kita pura-pura pinjam buku.” Maria mengenyitkan matanya.
Aku tersenyum. “Boleh juga. Mari temankan aku!” Sengaja aku menguatkan suara gara dapat memancaing perhatian Azhar.
Aku berdiri. “Maria, cepat sikit! Karang waktu rehat habis, melepas pula kita!” Aku memandang Azhar sekilas. Nyata telahanku benar. Azhar memandangku. Perbualannya dengan Nurul dan Amelia turut terhenti. Maria tersenyum. Mungkin dia sudah tahu niatku sebenarnya.
“Maria, korang nak pergi mana?” Aku dapat dengar suara Azhar yang separuh berbisik.
“Buat apa kau sibuk!” Jawab maria.
Baru kau tahu! Aku mengorak langkah menuju ke perpustakaan. Daripada aku tengok kemesraan Azhar dengan Nurul dan Amelia, lebih baik aku jumpa Ikhwan. Sekurang-kurangnya, tak menyakitkan hati.
“Ha, Iqa. Nak pinjam buku?” Tegur Ikhwan sebaik sahaja aku sampai di kaunter perpustakaan.
Aku tersenyum seraya meletakkan buku yang kupinjam minggu lalu di atas kaunter. “Saya tak nak pinjam buku hari ni. Nak pulangkan balik. Takut kalau lewat, kena denda pula.”
“Kalau Iqa, mana saya nak denda.” Ikhwan tersengih sambil tangannya mencapai kedua-dua buah buku yang baru kuletakkan tadi.
“Ehem, aku pun nak kembalikan buku juga!” Aku terdengar suara di belakangku.
Wajah Ikhwan berubah masam. Kupandang wajah Azhar hairan. Dia ni, memang nak ke sini atau mengekori aku?
“Ikhwan, kau tak nak pergi kantin ke?” Soal Maria tiba-tiba.
“Nak juga, kenapa?” Soal Ikhwan kembali.
“Tinggalkanlah kaunter ni dulu. Suruh saja si Azhar ni ganti. Marilah ikut aku dan Iqa pergi kantin sekejap.” Pelawa Maria sambil menjelingku. “Ha Azhar, tolong jaga sekejap ya? Lagipun, kau tu pustakawan juga!”
Melopong mulut Azhar memandang Maria. Aku sekadar tersenyum. Melebih-lebih pula budak Maria ni! Aku datang sini sekadar suka-suka saja, yang dia nampak bersemangat betul nak pasangkan aku dengan Ikhwan ni, kenapa?
“Aku tak ada masalah.” Ikhwan melangkah keluar dari kawasan kaunter.
“Jom Iqa!” Maria menarik tanganku membawa aku berjalan seiring dengan dia dan Ikhwan.
Kakiku melangkah namun sempat juga aku menoleh memandang Azhar. Azhar masih berdiri di sisi kaunter. Aku jadi serba salah. Tentu Azhar kecil hati. Ah, tak kisahlah! Bukan ke dia yang sakitkan hati aku dulu?
“Hei, melamun ke? Tak sedar dah sampai kantin!” Maria mencuit lenganku.
Aku menjeling Maria geram. Ikhwan tersenyum memandangku. Menyesal aku ikut cakap si Maria ni. Nyesal!

* * *

“Along dah kena risik!”
Ha? Mataku membulat memandang Angah. “Eh, biar betul?”
Angah tersengih. “Bulan depan kita nak buat majlis pertunangan Along.”
“Angah cakap betul-betullah!” Aku mencubit lengan Angah kuat.
“Orang cakap betullah ni!” Angah memuncungkan mulutnya sambil mengusapusap lengannya yang merah tadi.
“Siapa?” Tanyaku berbisik.
Angah memandang sekeliling. Kemudian Angah merapatkan mulutnya ke telingaku. “Orang sebelah!”
“Ha?” Aku menelan air liur. “Eh, mana boleh!” Aku memekik.
Angah terkejut melihat reaksiku. “Kenapa pula ni?”
“Dia tu masih bersekolah! Lagipun, kan Along lebih tua dari dia! Tak sesuai!” Aku membentak kuat.
Wajah Angah berubah. Kemudian dia tersenyum. “Jadi, apa masalahnya? Bukan ke Siti Khadijah tu jauh lebih tua dari nabi?”
“Tak boleh! Iqa kata tak sesuai! Takkan Along nak kahwin dengan budak sekolah! Lagipun dia tu baru enam rendah. Belum kerja lagi. Macam mana dia nak menampung perbelanjaan mereka nanti?” Aku terus membentak. Kalau Azhar yang Along pilih, aku tidak boleh berdiam. Kenapa harus dirampas hak aku?
“Tapi, dia tak kisah. Lepas STPM nanti, boleh dia cari kerja. Buat sementara ni, bertunang sajalah!” Angah tersenyum lagi. “Yang kau marah sangat kenapa? Kau suka dia ke?” Sebaik saja Angah menghabiskan kata-katanya, aku segera meluru masuk ke bilik.
Dum! Pintu itu kuhempas kuat. Biar Angah tau yang aku benar-benar marah. Aku benar-benar hairan. Kenapa Along yang Azhar pilih? Dan kenapa Along terima Azhar? Takkan Along tak tahu yang aku dan Azhar rapat?
“Iqa!” Aku dapat mendengar suara Angah dari luar pintu bilikku. “Tak baik begitu. Kan Along tu kakak Iqa juga?”
Aku diam. cuma esakanku saja yang kedengaran.

* * *

Along kelihatan begitu ayu dengan pakaian kebaya berwarna kuning langsat itu. Sebentar lagi majlis pertunangan Along akan bermula. Aku melangkah masuk ke bilikku. Malas aku dengan keadaan sebegini. Daripada sakit hati, lebih baik aku berkurang dalam bilik.
“Iqa! Kenapa berkurung ni? Majlis dan nak bermula ni!” Dapat kudengar suara Achik. “Keluar! Jangan nak buat hal lagi!’
Arghh!! Aku melangkah keluar dari bilikku dalam keterpaksaan. “Hei, janganlah masam muka lagi. Kan hari ni Along nak bertunang!” Angah menarik rambutku perlahan.
Segera aku menepis tangan Angah. Aku keluar ke halaman rumah. Biarlah aku tidak dapat melihat Along dan bakal tunangnya itu.
“Ehem, sorang saja ke?”
Aku menoleh. Ah, muka kau lagi? Tak puas lagi ke kau nak menyakitkan hati aku, ha? “Kenapa kau tak masuk dalam? Kan dah nak mula tu?” Soalku tanpa memandang wajahnya.
“Patutnya aku tanya soalan ni pada kau!”
“Suka hati akulah!” Aku menjawab malas.
“Aku pun, suka hati aku juga!” Azhar membalas sinis.
Aku memandang Azhar geram. “Kau ni nak bertunang ke tidak? Kalau nak, pergilah masuk!”
“Eh, buat apa aku nak bertunang?” Berubah riak muka Azhar.
Aku menggigit bibir. “Kau nak mainkan kakak aku ke?”
“Mainkan apa pula? Bukan akulah yang nak bertunang dengan kakak kau!”
Aku tercengang seketika. “Habis tu? Siapa lagi kalau bukan kau?”
“Kan aku ada abang? Kau dah lupa? Abang aku kan baru keluar dari UIA.” Kata-kata Azhar membuat mukaku merona merah. “Hari tu, abang kau ada cerita. Bila kau tau yang kakak kau nak bertunang, kau ingatkan dia nak bertunang dengan aku. Abang kau kata, punyalah kau marah waktu tu!”
“Eh, bila pula? Tolong sikit ya?”
“Eleh, mengaku sajalah yang kau tu sukakan aku…”
“Minta maaf sajalah! Aku tak pernah pun sukakan kau!” Aku memandang tempat lain untuk melindungi mukaku yang sudah bertukar merah.
“Tak payahlah kau nak menipu aku, Izma. Jangan risaulah, aku pun suka kau juga. Esok-esok aku suruhlah mak aku pinang kau!” Azhar bersuara selamba tanpa memandangku.
“Pinanglah… Aku tak akan terima!”
“Sebab apa?”
“Sebab aku tak suka kau!” Kataku sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Ala, mulut cakap tak suka, walhal dalam hati melonjak-lonjak gembira!

Abadinya Sebuah Cinta



Helaian demi helaian album biru muda diselak oleh Fatin Yusrina. Ditatapnya satu demi satu wajah insan-insan yang disayanginya. Mama, abah dan adik-adik. Matanya beralih pula pada wajah teman-teman seperjuangan yang sentiasa di sisi menemani. Lyn, Ayu, Nadia dan Alia. Dia menyelak lagi helaian setebal dua inci tersebut. Kenangan bersama mereka di bangku sekolah masih mekar hingga ke hari ini. Semangat setiakawan yang tersemai sejak bertahun dulu masih kukuh. Nita, Sham dan Shah antara teman-teman yang paling setia walaupun hari ini masing-masing terpisah oleh kesibukan demi mengejar sebuah cita-cita dan merealisasikan sebuah impian.

Air muka Fatin tiba-tiba berubah apabila matanya terpandang pada seraut wajah yang sering menghantui hidupnya. Seraut wajah milik insan yang dicintai sepenuh hati dan paling istimewa di dalam hidupnya. Album itu ditutup dan disimpan kembali ke tempat asalnya.

Fatin bangun dan melihat ke luar. Pandangannya dilempar jauh ke awan biru menyaksikan burung-burung yang bebas berterbangan. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu mengenangkan perubahan yang berlaku dalam diri Amirul. Fatin mengeluh perlahan. Entah mengapa dirasakan Amirul semakin jauh dari dirinya. Kasih Amirul seakan berubah. Tiada lagi warna-warna cinta di dalam hidupnya. Walaupun Amirul cuba berlagak seperti biasa namun jauh di sudut hati Fatin terasa kepincangannya. Tika ini Fatin rasakan dialah di antara pelakon terhebat. Lamunannya tiba-tiba terhenti apabila bahunya ditepuk lembut. Fatin menoleh. Kelihatan Alia tersenyum di depannya.

"Fatin, kau menangis lagi?" soal Alia yang seakan mengerti apa yang Fatin rasakan. Fatin hanya tersenyum pahit.

"Sudahlah tu, usah dikenangkan sangat masalah tu. Pasti ada penyelesaiannya nanti. Bersabarlah.." pujuk Alia.

Perbualan mereka terganggu apabila Ayu yang baru pulang dari berjogging tercungap-cungap berlari ke arah mereka.

"Haa..kenapa pulak ni Ayu?" soal Fatin hairan.

"Aku...aku..." Ayu tergagap-gagap.

"Eh..apasal nie?" soal Alia cemas.

"Tak ada apa-apa.. saja jer.. aku laparlah.." balas Ayu sambil ketawa kecil.

"Laa..ingatkan kot kena kejar anjing," balas Alia. Nadia dan Lyn yang mengekori di belakang Ayu pun turut meyampuk.

"Bukan apa, aku rasa Ayu tu dah tak sabar nak jumpa mamak perut buncit kat gerai tu.." usik Lyn.

"Hm..patutlah lari macam lipas kudung..rindu kat mamak tu rupanya.." usik Fatin pula. Mereka akhirnya tertawa melihat muka Ayu yang macam susu basi bila disakat teman-teman. Terlupa sebentar pada masalah yang ditanggung Fatin. Mereka kemudiannya bersiap untuk keluar makan.


* * * * *
Jari jemari Fatin masih lagi ligat menulis di diari kesayangan yang banyak menyimpan rahsia perjalanan hidupnya. Selain teman-teman, diari biru berbunga putih itu jugalah tempatnya meluahkan perasaan dan mengadu. Patah demi patah ditulis menjadi barisan ayat dan satu demi satu helaian dicoret bagi meluahkan segala yang tersimpan kemas di sudut hatinya. Walaupun dia sedar tak mungkin Amirul dapat membaca luahan perasaan dan coretan yang ditulis khas buatnya tapi dia tidak pernah jemu menulis. Untuk diluahkan tidak mungkin kerana dia tak sanggup mengguris hati insan yang disayanginya. Biarlah ditanggung segalanya dan dipendam segala kedukaan dengan harapan semuanya akan berakhir dengan episod bahagia.

Walaupun empat tahun lalu Amirul pernah melukakan hatinya dengan mendampingi insan lain namun di sudut hatinya tidak pernah berdendam apatah lagi membenci. Mungkin takdirnya ketika itu bukan untuk bersama Amirul, tetapi pertemuan yang tidak dirancang setahun lalu membibitkan kembali perasaan sayang yang tidak pernah padam buat lelaki itu. Fatin akui dia terluka dengan perbuatan Amirul namun yang dah berlalu tetapkan berlalu. Dia yakin kebahagiaan yang dicari akan dikecapi bersama Amirul. Namun sikap Amirul sejak akhir-akhir ini benar-benar mengguris perasaannya. Kesan parut luka semalam terasa pedih kembali. Mungkinkah berdarah kembali. Fatin termenung sendiri.


* * * * *
Kesibukan disebabkan tugasan yang bertimbun membuatkan Fatin terlupa sebentar pada masalah yang ditanggung. Teman-teman di sisi sentiasa memberi perangsang dan semangat menjadikan dia tabah melalui hari demi hari. Fatin juga semakin kurang bercakap dan bersama teman-teman. Dia lebih gemar menghabiskan masanya di dalam bilik. Teman-teman yang lain semakin risau melihat perubahan diri Fatin. Kalau dulu dialah penyeri suasana, bercerita itu dan ini namun kini dirasakan Fatin semakin jauh dari mereka semua. Puas sudah ditanya mengapa dirinya semakin berubah tetapi jawapan yang sering diterima oleh mereka adalah dia terlalu sibuk dengan tugasan. Situasi ini meresahkan teman-teman kerana sesibuk manapun dulu Fatin masih lagi sempat bersama teman-teman untuk menghabiskan hujung minggu. Namun mereka semua tidak mahu mendesak Fatin. Mereka yakin masalah utama Fatin adalah Amirul dan Fatin cuma perlukan masa untuk membiasakan diri dengan sikap Amirul yang semakin hari semakin memeningkan kepala.

Suatu malam yang hening, Fatin mengadu sakit kepala.

"Nadia, kau ada Panadol tak?" soal Fatin.

"Kau tak sihat ke Fatin?" soal Ayu.

"Ala..pening sikit jer.. ada panadol tak ni?" soal Fatin lagi.

"Ada tu ada.. tapi aku rasa elok kita pergi klinik. Aku tengok kau pucat semacam jer.." usul Nadia.

"Tak payahlah Nadia.. pening biasa jer ni.. penat studi.. lepas tidur nanti eloklah tu.." balas Fatin.

"Kau jangan macam ni Fatin, sejak akhir-akhir ni aku tengok kau memang lesu dan tak bermaya..jomlah kita pergi klinik." Pujuk Alia.

"Ish..tak payahlah.. haa..panadol kau tu kat mana Nadia?..Aku pergi ambik yer.." balas Fatin.

"Ada dalam laci tu" balas Nadia. Fatin berlari-lari anak menuju ke bilik Nadia.

Tiba-tiba dirasakan pandangan menjadi kelam. Dia tidak dapat mengimbangi badannya dan terjatuh berhampiran meja studi Nadia menyebabkan barang-barang di atas meja bertaburan dan berserakan. Teman-teman yang berada di ruang tamu bergegas naik ke atas untuk melihat. Terkejut mereka tatkala terlihat Fatin yang rebah di sisi katil dalam keadaan pucat lesi. Ayu memangku Fatin.

"Jom kita pergi hospital.. Lyn, kau pergi cari 'purse' Fatin dan ambik tudung dia sekali." Usul Nadia sambil mencapai tudung dan kunci kereta sementara teman-teman yang lain bersiap untuk ke hospital. Mereka mengangkat Fatin masuk ke dalam kereta sementara rakan-rakan lain yang tinggal akan memberitahu 'fellow' bertugas tentang apa yang berlaku.

Nadia memandu laju meninggalkan perkarangan kolej menuju ke hospital berdekatan. Ayu, Lyn dan Alia masih lagi diam membisu ekoran terkejut dengan apa yang terjadi.


* * * * *
Sudah dua hari Fatin terlantar di hospital tidak sedarkan diri. Seluruh ahli keluarga setia menanti sehingga Fatin sedar. Lyn memandang wajah Pn. Marini mama Fatin. Terpancar kasih sayang seorang ibu yang sabar menanti dan beralih pula kepada seraut wajah bapa yang nampak lebih tenang milik En. Fazlie walaupun hakikatnya tiada siapa yang mengerti. Seluruh keluarga dan teman-teman sentiasa berdoa agar Fatin cepat sedar dan sembuh seperti sediakala.

Lyn, Ayu dan Nadia yang baru pulang dari kelas singgah sebentar untuk melihat perkembangan teman yang disayangi. Sham dan Nita yang baru tiba kelihatan sedang berbincang sesuatu. Nita kemudian menghampiri Ayu.

"Ayu, kau dah contact Amirul?" soal Nita.

"Dah banyak kali aku cuba..tapi tak dapat jugak." Balas Ayu. Sham berjalan menghampiri mereka.

"Mana pulak perginya budak Amirul ni?" soal Sham geram.

"Entahlah Sham, dah jadi macam ni pun Amirul tu tak muncul-muncul jugak." balas Lyn.

"Amirul ni pun satu, kalau nak ke mana-mana tu bagitaulah..ini tak..mak abah dia pun tak tau mana pergi anak bongsu diaorang tu." Balas Nadia.

"Kesian aku tengok Fatin tu sejak akhir-akhir ni. Selalu jer murung, tak bermaya, tak ceria...memang lah dia ada mengadu yang Amirul tu dah lain macam tapi tak sangkalah sampai dah jadi macam ni kelibat si Amirul tu pun tak nampak." Balas Lyn.

"Aku ada jugak tanyakan kat Amirul tu pasal ni, tapi dia tu macam nak mengelak jer.. macam-macam alasan tak logik dia bagi. Malas aku nak dengar temberang dia tu." balas Sham kesal.

"Yelah..Orang lain pun sibuk jugak kan..tapi takkan sampai nak luangkan lima minit sehari tanya khabar kat telefon pun tak boleh..kalau dulu tu berjam-jam boleh pulak.." balas Ayu.

"Kalau aku tahu dia nak buat perangai macam ni, jangan harap aku nak sokong masa dia nak berbaik balik dengan Fatin hari tu. Dia ni tak serik-serik kot," balas Nita yang dari tadi mendiamkan diri. Mereka akhirnya diam membisu melayan perasaan masing-masing.

Tiba-tiba lamunan mereka dikejutkan dengan berita Fatin telah sedar. Mereka menadah tangan tanda bersyukur atas anugerah ilahi. Kedua ibu-bapa Fatin masuk bertemu Fatin dan mereka yang lain hanya menanti di luar. Mama Fatin keluar dari bilik tersebut dan menghampiri sekumpulan teman-teman Fatin yang setia menanti.

"Makcik macam mana dengan Fatin?" soal Sham.

"Alhamdulillah..dia dah sedar tapi doktor kata dia masih lemah dan perlu banyak berehat.." balas Puan Marini.

"Alhamdulillah..Fatin dah selamat..berapa lama lagi dia kena tinggal kat hospital ni?" soal Nita.

"Dalam 3-4 hari..mungkin jugak lebih.." balas Pn.Marini lagi.

"Kalau macam tu tak apalah makcik, kami mintak diri dulu.. lagipun kami ada kuliah malam ni." Usul Nadia.

"Terima kasih banyak sebab dah banyak tolong Fatin... entah macam mana makcik nak balas jasa kamu semua.." Pn. Marini bersuara sayu.

"Ish..jangan cakap macam tu makcik.. kami ni dah macam adik beradik..bukan baru sehari dua kami kenal dia.." balas Ayu.

"Nita..Sham.. terima kasih sebab ambik berat pasal Fatin.." kata Pn. Marini sambil menoleh kepada Sham dan Nita.

"Makcik, tak ada apa yang mampu kami berikan selain kasih sayang seorang sahabat. Kalau tak, apa gunanya persahabatan yang kami dah semai sejak bangku sekolah lagi," balas Nita sayu. Pn. Marini benar-benar terharu melihat keikhlasan teman-teman Fatin. Fatin, kaulah antara insan bertuah di dunia ini sebab punyai teman-teman seperti mereka. Desis hati kecil Pn. Marini. Mereka kemudiannya meminta diri untuk pulang dan bersalaman dengan seluruh ahli keluarga Fatin.

"Sampaikan salam kami pada Fatin ye makcik.." usul Lyn.

"Baiklah.. tapi sebelum makcik terlupa.. Fatin mintak tolong Ayu ambilkan diari biru dia dalam laci meja studI.." pesan Pn. Marini. Ayu angguk. Mereka kemudiannya berlalu.


* * * * *

Suatu pagi Sham terserempak dengan Amirul di sebuah gerai makan.

"Hey Mirul.. Kau pergi mana 4-5 hari ni ha?" soal Sham.

"Apasal marah-marah ni Sham..Aku 'outstation'lah.." balas Amirul.

"Kalau ye pun, takkanlah sampai 'off'kan 'handset' 24 jam. Orang nak 'contact' pun seksa dibuatnya.."balas Sham lagi.

"Laa..apa hal yang penting sangat sampai kau ribut pagi-pagi buta ni Sham?" soal Amirul selamba.

"Ha..macam mana aku tak ribut Mirul.. kalau si Fatin tu jadi arwah pun kelmarin, kau mana nak sedar..ntah ke mana asyik menghilang.." getus Sham geram.

"Apa maksud kau ni Sham.. kenapa ngan Fatin?" soal Amirul cemas.

"Dia kat hospital, dah 3 hari terlantar kat sana.. semalam baru sedar " jawab Sham acuh tak acuh.

"Aku...aku...aku pergi tengok Fatin dululah Sham..." balas Amirul sambil berlalu.

Sham hanya menggelengkan kepala dan mendengus kecil. Ternyata Amirul telah berubah.

Amirul memandu laju menuju ke hospital di mana Fatin ditempatkan. Amirul membawa sejambak bunga dan buah-buahan. Dia menghampiri Fatin yang sedang leka menulis sesuatu.

"Sayang dah lama bangun?" sapa Amirul perlahan.

"Eh..abang rupanya.. Fatin tak tidur dari subuh tadi.." balas Fatin lembut sambil menyelitkan diari biru tersebut ke bawah bantal.

"Iye ke nie?.. Boleh percaya ke sayang abang ni?" usik Amirul. Fatin tersenyum.

"Fatin tulis apa tadi sampai abang sampai pun Fatin tak sedar..cerpen terbaru ke?"soal Amirul.

"Haah..dah lama dah Fatin tulis tapi entahkan bila boleh habis.." balas Fatin.

"Kenapa?..Fatin tak ada idea ker..selalunya buah hati abang ni cepat dapat idea.." balas Amirul yang sememangnya tahu Fatin memang gemar menulis.

"Bukan tak ada idea, tapi tak tahu bila nak jumpa penghujungnya.." balas Fatin sambil tersenyum penuh erti.

"Em..tak perlah..Fatin tulis perlahan-lahan o.k.. nanti bila dah siap, boleh bagi abang baca.. macam biasalah kan.." balas Amirul sambil tersenyum dan mencuit hidung Fatin yang disayanginya. Bukan dia tak cinta pada Fatin Yusrina. Bukan dia tak sayang pada gadis yang telah mencuri hatinya sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi setiap kali kebahagiaan sedang mekar pasti ada sahaja dugaannya. Entah mengapa terasa sukar untuk memiliki gadis istimewa ini. Gadis yang telah banyak bersabar dan berkorban demi kebahagiaannya dan memberinya peluang untuk menebus kesilapan lalu. Kalau dia berada di tempat Fatin, mana mungkin dia mampu menerima kembali insan yang pernah melukai hatinya dengan mengalihkan cintanya pada orang lain. Amirul akui itulah kesilapan paling besar yang dia telah lakukan. Memilih Julia yang baru dikenali dan membelakangi Fatin yang telah lama berada di hatinya. Entah mengapa tika itu dia benar-benar terlupa pada kesetiaan, kujujuran, keikhlasan dan keteguhan cinta Fatin walhal teman-teman di sisi telah menasihati agar tidak tersilap langkah. Amirul benar-benar kesal atas apa yang terjadi dan dia bersyukur kerana Fatin masih memaafkannya dan menerimanya kembali dalam hidupnya.

Dia sedar sejak kebelakangan ini Fatin kecewa dengan sikapnya. Namun apakan daya, dia tak mampu untuk lakukan apa-apa. Hanya membisu seribu bahasa dan mendiamkan diri bila perkara ini dibangkitkan. Dia takut tindakan yang terburu-buru akan lebih mengeruhkan suasana. Amirul benar-benar tertekan dengan apa yang berlaku. Masalah di tempat kerja masih belum selesai, Julia pula muncul kembali merayu dan menagih kasihnya. Sudah puas diterangkan pada Julia bahawa cintanya hanya milik Fatin tetapi Julia mengugutnya untuk menceritakan tentang keburukannya pada Fatin terutama kisah di mana mereka hampir-hampir terlanjur suatu masa dulu. Amirul benar-benar buntu. Menerima Julia bererti dia sengaja menempah sengsara kerana dia sudah serik dengan sikap Julia yang benar-benar menyesakkan hidupnya. Menolak Julia bermakna Fatin akan mengetahui kisah silamnya sekaligus melukakan hati Fatin buat sekian kali. Dia benar-benar tak ingin melihat Fatin kecewa lagi. Cukuplah atas apa yang telah Fatin lalui disebabkan kesilapannya dulu. Dia perlukan masa untuk menyelesaikan segalanya. Dia yakin gadis pujaan hatinya ini mampu bertahan dan cukup kuat untuk menempuh segalanya buat masa ini.

Dia benar-benar menghargai pengorbanan Fatin dan tiada insan lain yang mampu menandingi Fatin Yusrina. Dia rasa bersalah kerana mengabaikan Fatin selama ini hanya kerana kehadiran Julia yang tidak diundang. Dia berjanji akan melayan Fatin dengan baik dan akan menebus kesilapannya selama ini. Dia sendiri akan berterus-terang dengan Fatin bila tiba saatnya dan kala itu dia redha dengan segala keputusan Fatin. Walaupun Fatin membencinya dia tetap akan terima kerana memang itulah hukuman yang patut diterimanya sejak dulu. Dia akur pada ketentuan Ilahi.


* * * * *

Fatin sudah sihat dan kembali ke bumi ilmuan seperti sediakala. Tiada lagi kemurungan di raut wajahnya dan Fatin telah kembali ceria seperti dulu. Teman-teman yang lain benar-benar gembira melihat perkembangan yang positif pada diri Fatin.

Pada hujung minggu ini, semua teman-teman ingin pulang ke kampung halaman. Fatin juga mengambil keputusan yang sama setelah terfikir yang dia juga telah lama tidak bertemu keluarga yang tersayang. Kebiasaannya Amirul akan menghantarnya pulang, tapi hujung minggu ini Amirul terpaksa menghadiri seminar di Perak. Jadi dia cuma menghantar Fatin ke stesen komuter setelah mereka makan tengah hari bersama-sama. Mula-mula Amirul agak keberatan untuk mengizinkan Fatin pulang sendirian kerana takut Fatin akan diserang sakit kepala secara tiba-tiba dan meminta Fatin menangguh hasratnya untuk pulang ke kampung dan pulang bersama-samanya pada minggu berikutnya. Namun setelah didesak oleh Fatin akhirnya Amirul mengalah.

"Sayang jaga diri baik-baik tau.."pesan Amirul.

"O.k..Fatin janji.."balas Fatin sambil tersenyum.

"Kirim salam pada keluarga..nanti bila dah sampai, Fatin call ye.."pesan Amirul lagi.

Fatin tersenyum lagi. Dah biasa benar dengar kata-kata Amirul yang sedemikian rupa. Fatin menghulurkan tangan untuk bersalaman. Amirul menyambut huluran tangan Fatin.

"Abang, maafkan Fatin kalau Fatin ada buat salah dan silap..halalkan makan minum Fatin yer.."kata Fatin sambil mencium tangan Amirul.

Amirul angguk dan tersenyum. Dah tahu benar dengan kebiasaan Fatin yang akan mengucapkan kata-kata sedemikan rupa di akhir pertemuan. Mula-mula dulu memang rasa janggal dan pelik bila kalimah itu dituturkan oleh Fatin, tapi sekarang ni dah biasa sangat.

"Yelah..apa salahnya Fatin minta ampun minta maaf..manalah tahu umur Fatin tak panjang.. mudah-mudahan atas kemaafan tu, tenang Fatin kat sana nanti.."dia masih ingat itulah jawapan yang Fatin berikan apabila perlakuan itu dipersoalkan.

Fatin meminta diri apabila komuter telah tiba. Amirul melepaskan genggaman tangan Fatin dengan berat hati. Entah kenapa tiba-tiba terasa sebak untuk berpisah dengan Fatin kali ini walaupun dia tahu Fatin cuma hendak pulang ke kampung. Setelah Fatin berlalu dan hilang dari pandangan barulah Amirul melangkah ke kereta dan kembali semula ke pejabatnya kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri.


* * * * *

Selepas mesyuarat Amirul memeriksa telefon bimbitnya. Dilihat ada 'missed calls'.

Dia terseyum apabila melihat nombor Fatin tertera di situ.

"Em.dah sampai agaknya di rumah" desis hati kecil Amirul sambil mendail semula nombor Fatin.

"Hello..Assalamualaikum.." Amirul membuka bicara.

"Waalaikumsalam.." balas suara dari sebelah sana. Amirul hairan kenapa bapa Fatin yang menjawab panggilan tersebut.

"Apa khabar pakcik?" soal Amirul.

"Khabar baik nak.. Tadi Amirul pergi mana?" soal En. Fazlie tenang.

"Ada mesyuarat tadi.. pakcik, Fatin dah sampai ?..boleh Mirul cakap dengan dia?.." soal Amirul lagi.

"Amirul..pakcik bukan tak nak bagi Mirul nak cakap dengan dia..." balas En. Fazlie lemah.

"Apa maksud pakcik..?" soal Amirul hairan.

"Bersabarlah nak..sebenarnya Fatin di timpa nahas jalanraya.. Dia dah tak ada nak..Fatin dah kembali kepada Tuhan penciptanya.." balas En. Fazlie sebak.

Amirul terduduk mendengar kata-kata En. Fazlie. Terasa gelap seluruh dunianya. Bermimpi ngerikah dia. Baru sebentar tadi Fatin tersenyum manja didepannya. Kenapa ini yang harus terjadi. Air mata seorang lelaki mengalir deras.

"Arwah di hospital mana sekarang pakcik?" soal Amirul tersedu-sedu.

"Seremban nak.."balas En. Fazlie lagi. Amirul mengucapkan terima kasih dan kemudiannya menghubungi keluarganya serta teman-teman lain bagi mengkhabarkan berita duka ini. Keluarganya menasihatinya agar banyak bersabar dan mereka sendiri akan menyusul ke kampung Fatin. Ayu, Lyn, Alia dan teman-teman yang lain menangis tersedu-sedu. Nita yang pada awalnya tak percaya akhirnya meratap pilu dan dipujuk oleh Sham walaupun Sham sendiri bagai tak percaya apa yang berlaku. Pada Shah yang berada jauh di utara juga dikhabarkan berita duka ini. Amirul menuju ke surau berhampiran dan mengangkat wuduk serta menunaikan solat sunat dua rakaat. Dia memohon ketenangan dan berdoa agar Fatin akan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amirul kemudian memandu laju meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Seremban. Segala urusan ditangguhkan. Sepanjang perjalanan hatinya meratap pilu dan air mata pun berguguran. Segala kenangan bersama-sama Fatin muncul satu persatu. Amirul meratap hiba mengenangkan apa yang terjadi.


* * * * *

Diari biru peninggalan Fatin diselak lagi. Diari biru itu diserahkan oleh mama Fatin selepas jenazah Fatin telah selamat dikembumikan. Coretan demi coretan dan luahan rasa seorang insan bernama Fatin Yusrina ditatap. Agaknya inilah yang dikatakan oleh Fatin cerpen yang masih tiada penghujungnya suatu masa dulu. Dan kini yang tinggal hanyalah penghujung yang hanya memberi seribu kedukaan. Penghujung yang menyaksikan dia telah kehilangan Fatin buat selama-lamanya. Penghujung yang meninggalkan kesan abadi. Air mata Amirul tumpah lagi apabila bait-bait kata itu dibacanya.

Abang,
Bagaimana keadaan abang hari ini?..Fatin harap abang sihat..Fatin di sini macam biasa.. Abang nak tahu tak, Fatin benar-benar rasa bahagia kerana dipertemukan dengan abang. Fatin bahagia di atas limpahan kasih sayang abang buat diri Fatin. Kalau empat tahun dulu kita pernah terpisah, tak bemakna cinta Fatin telah padam buat abang cuma tika itu Fatin terpaksa menerima kenyataan yang abang bukan milik Fatin. Fatin harus tabah menerima kenyataan walaupun hati Fatin benar-benar terluka. Namun dendam tidak pernah wujud di hati Fatin. Dan kini dengan izin Tuhan kita bersama kembali menjalin ikatan. Semoga kali ini kebahagiaan abadi kan jadi milik Fatin.

Amirul menyelak lagi helaian diari berwarna biru tersebut.

Abang,
Terima kasih atas segalanya. Walaupun Fatin tahu mana mungkin abang membaca luahan hati Fatin di dalam diari bisu ini selagi hayat Fatin di kandung badan tapi Fatin cuma nak abang tahu yang Fatin benar-benar cintakan abang. Fatin berjanji akan menjadi seorang teman, sahabat dan isteri yang baik suatu masa nanti. Fatin akan sentiasa di sisi abang walau susah dan senang. Fatin nak kongsi segalanya dengan abang. Percayalah pada Fatin.

Air mata Amirul mengalir lagi. Tak dapat dibendung kesedihannya. Ingin sekali waktu ini dia melutut memohon keampunan atas segala kekecewaan dan kelukaan yang telah diberikan buat Fatin Yusrina. Sungguh tulus cintamu Fatin. Matanya terhenti pada coretan bertarikh 4 Februari 2000.

Abang,
Genap setahun kita sambung ikatan yang pernah terlerai suatu masa dulu. Dan sudah hampir dua bulan abang seolah-olah menjauhkan diri dari Fatin. Kenapa sejak akhir-akhir ini kasih abang semakin berubah?.. Tiada lagi gurau senda dan tawa mesra. Mana perginya nur kasih yang menyuluh jiwa Fatin selama ini?.. Mana perginya abang?..

Abang,
Fatinkah yang bersalah dalam hal ini?.. kalau benar Fatin yang bersalah mengapa abang takberterus- terang? Kenapa dera perasaan Fatin atau sudah berubahkah kasih abang buat Fatin. Berterus-teranglah abang..tak sanggup lagi Fatin bermain di dalam teka-teki. Puas sudah Fatin merayu pada abang tapi jawapan abang benar-benar mengecewakan Fatin. Abang kata Fatin dah mula pandai mendesak. Salahkah Fatin mengambil berat pada insan yang Fatin cintai sepenuh hati..dan salahkan Fatin untuk mengetahui kedudukan sebenarnya. Kita pernah berjanji untuk susah dan senang bersama. Mana janji-janji abang? Katakanlah abang..mengapa abang terus membisu.

Abang,
Sejak akhir-akhir ini abang banyak berubah. Kadangkala terdetik di hati Fatin, benarkah abang menyintai Fatin ataupun sekadar ingin menebus kesilapan lalu dan mungkinkah diri Fatin ini cuma persinggahan buat abang. Bertahun lamanya Fatin cuba balut luka di hati Fatin tanpa kehadiran abang. Kehadiran abang buat kali kedua tatkala luka di hati hanya tinggal parut. Tegakah abang lukakan kembali parut yang telah Fatin rawat untuk sekian lama. Abang, bukan wang ringgit yang Fatin impikan dari abang cuma limpahan kasihsayang buat Fatin bagi memberi kekuatan untuk Fatin tempuhi hari mendatang dan meneruskan perjalanan hidup ini.

Sham, Nita, Shah,
Akukah yang tersilap kerana memberinya peluang kedua sehinggakan luka lama yang kini cuma tinggal parut terasa pedih kembali. Mungkinkah luka lama yang kalian rawat dengan kasih sayang yang mengambil masa bertahun lamanya untuk sembuh akan berdarah kembali..Aku sendiri kurang pasti. Namun jauh di sudut hati, aku berharap dia akan kembali merawat kepedihan yang makin terasa di hati ini. Bodohkah aku kerana masih menaruh harapan yang terlalu tinggi setelah apa yang telah terjadi.. tapi apa yang aku pasti, aku benar-benar menyintainya..

Abang,
Apa lagi yang perlu Fatin lakukan agar keadaan kembali seperti sediakala. Fatin benar-benar buntu. Ingin rasanya Fatin lari jauh dari kemelut ini. Sudah penat rasanya memikirkan persoalan hati dan perasaan yang tiada kesudahannya. Entah bilakah kan Fatin menemui kebahagiaan abadi. Sampai bila Fatin mampu bertahan dan berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku sedangkan hati Fatin ini sudah cukup pedih atas apa yang terjadi. Maafkan Fatin abang. Izinkan Fatin undur diri kiranya Fatin tak diperlukan lagi dalam hidup abang. Sebelum pedih di hati melarat menjadi luka parah, izinkan Fatin mencari sebuah kebahagiaan yang abadi. Biarlah masa yang menentukan penghujung cerita cinta kita. Usahlah dikesali perpisahan ini sekiranya ia adalah penghujung cerita cinta kita seperti mana penghujungnya coretan Fatin ini. Cukup sudah hati ini terluka.. Fatin tak sanggup lagi terluka kerana Fatin tak berdaya merawatnya lagi sekiranya ia terjadi buat kali kedua.. Perginya Fatin bukan kerana membenci tapi demi mencari sebuah cinta abadi.. Maafkan Fatin..Namun percayalah..jiwa dan cinta Fatin hanya milik abang..Nama abang telah Fatin ukir indah di sudut hati ..dan ia tak akan terpadam sampai bila-bila..You'll always be in my heart.

Salam sayang,
FatinYusrina
4/2/2000


Air mata Amirul mengalir deras. Sungguh tak disangka perbuatannya selama ini benar-benar melukakan hati Fatin. Dia terlalu mementingkan dirinya sendiri sehinggakan dia terlupa walaupun Fatin Yusrina yang pada zahirnya kelihatan cekal dan tabah hanyalah perempuan biasa yang punya hati dan perasaan. Insan biasa yang memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dari insan yang amat dicintainya. Dan atas kealpaan itu dia telah mengabaikan tanggungjawabnya pada Fatin dan membiarkan Fatin menempuhnya keseorangan. Walaupun segunung kesalan yang bermain di benaknya tak mungkin dia dapat menebus kembali segala kekecewaan Fatin. Amirul benar-benar terkilan.

Walaupun sudah enam bulan Fatin meninggalkan dirinya, setiap kali menatap diari biru berbunga putih ini hatinya pasti terusik kerana cintanya pada Fatin juga tak pernah padam. Insan seistimewa Fatin tak mungkin ditemuinya lagi. Pintu hatinya juga telah ditutup rapat. Tiada lagi ruang untuk insan lain bertakhta walaupun sudah puas dipujuk oleh keluarga dan teman-teman. Biarlah masa menentukan segalanya. Dan sehingga hari ini Amirul masih lagi menjadi pengunjung setia Fatin walaupun dia sedar yang tinggal kini hanyalah nisan dan jasad yang telah dimakan usia. Hasil laporan kesihatan yang baru diterimanya minggu lepas telah mengukuhkan lagi keyakinan bahawa dia tidak perlu lagi berulang-alik untuk mengunjungi Fatin kerana dia akan menjadi peneman setia Fatin tidak lama lagi. Digulung kembali tikar yang telah digunakan tadi dan jug jernih itu dicapai. Dia melihat jam di tangan, nampaknya sudah lama dia berteleku di situ dan akhirnya dia melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan itu.

Fatin Yusrina. Maafkan abang, abang perlu pergi dulu buat masa ini.. percayalah, abang akan datang kembali.. Dan tika itu abang tak perlu lagi melangkah pergi meninggalkan Fatin sendirian. Abang akan sentiasa berada di sisi Fatin sampai bila-bila. Abang juga nak Fatin tahu yang abang juga menyintai Fatin sehingga akhir hayat abang..

game super sunday~ yeahh!!!

kepada semua kaki bola, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan besar mlm ni... super sunday kot... hahahaha... mari sama2 kite menyaksikan game ini kerana masing2 membawa misi tersendiri... mlm ni mungkin la kot, ke bangi, anda bangaimana? hahaha...                                                                
6/3/11: jam 9.30 mlm waktu laptop aku... hahahahaha :D




vs






kalau sape2 yg nk view game o9 je, boleh lah usha link kt bawah ni ye... agak2 malas nk kua ke, ade kekangan ke atau xde duit ke, awek ke (opsss), kenderaan ke ape ke kn, kalo ade internet, haaa, xde hal lah nk tgk streaming... usha2 la k, x susah pon.... aku cadangkn korg view guna host Vshare, download toolbar die, restart browser n layan bola~~~ mudah, semuanya di hujung jari~~ ni aku bg extra link lagi... haaa... baikkan aku? hahahahaha... :D


klik link kt atas ni, slamat mencuba~ x susa pon~~~

one piece anime 489 da keluar!!! hahahaha (suka)

kepada semua peminat2 1 keping di luar sana, yg tertunggu2 kemunculan Shanks (1 of 4 Emperor), boleh la tgk anime terbaru one piece episod 489... berikut disediakan link untuk tgk... sama2 kita saksikan~~~

suka suka suka~~~ :D

http://www.animefreak.tv/watch/one-piece-episode-489-online

smart kan? :D

ni lagi kemas kot... hahaha... :P

damn! Arsenal seri!!!

adeh adeh dan adeh sungguh! oleh kerana team bola kesayangan tidak menang sebentar tadi... da tinggal 4 mata je nk pintas M.U. harap2 la esok Liverpool menang lawan ngan M.U. nih... perlawanan yg agak menarik... (tgk 2nd half je) tapi beberapa peluang terbaik untuk menjaringkn gol di sia2kn... ref lak cam kne bribe je, free2 je tangan tu nk bg kuning!!! tolong la ref, ktorg x buta laa!!! pape pun, nasi suda menjadi bubur... xpe Arsenal, next game kasi mng ok... game besar mana boleh miss... Barcelona xde Victor Valdes ngan Puyol (injured), boleh mkn la kot... keh3... :D

ARSENAL

p/s: kpd fan2 bola diluar sana, jgn gado2 bab bola sepak ni... majulah sukan untuk negara~~~ (poyo gila) :D

menu makan malam :D

hahahaha... gumbiranya mlm ini... da lame ngidam nk mkn roti telur, akhirnya dapat merasa pada mlm ni... baiklah tanpa membuang masa, kita usha apa menu mlm ni... :D

- nasi goreng (kaler kemerah-merahan)
- telur mata (bentuk segi tiga)
- roti telur (4 keping)

so, korg boleh banyangkn la mcm mana kenyang nya ktorg kan??? hahahaha

habis untuk mlm ini... alhamdulillah...

tp yg sedihnye, org kesayangan sy sakit, x lalu nk mkn... tp xpe, rehat2 ea my dear... esok2 ok la tu kn... amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...