dugaan~

dugaan dugaan dugaan... kenapa? haaa... jika anda tertanya-tanya mengapa saya sudah jarang update blog, ini jawapan saya... KEYBOARD & WIRELESS ADAPTER ROSAK!!! bukan alasan ok... ini memang betul2... kisah laptop ini bermula apabila saya bertukar laptop dengan adik saya... ini laptop yang ke-3 saya pakai... yang 1st dapat kat adik bongsu, yang ke-2 hadiah dari ayah dapat pulak kat adik perempuan saya, dan yang saya pakai sekarang ni, adalah laptop adik saya yang rosak itu... laptop ini, saya dapat dengan masalah screen yang tiada display dan motherboard yang sudah tidak boleh digunakan... tapi kerana sayangnya saya pada adik, saya menawarkan laptop baru pemberian ayah untuk di tukarkan dengan laptop beliau yang sudah rosak itu... bukan apa, kaum hawa kompem leceh kalau pakai monitor, kan? so, kalau dapat kat kaum adam ni, mudah sahaja, cari mana2 monitor yang tidak digunakan, sambung ke laptop... asalkan dapat display, jadi la... bagi rakan2 yang pernah tengok monitor saya, memang tau la yang beliau (monitor) boleh menghasilkan bunyi yang sangat annoying... 

 ini lah dia model laptop yang saya pakai 


yang ni lak macam monitor yang saya guna (tapi bukan LG la)


dugaan betul bukan? sekarang ni, penyakit lain pula yang menjangkiti laptop saya... keyboard sudah tidak berfungsi... button B,N dan Del jika di tekan tidak berfungsi... 

kenapa N? banyak kegunaan N ni...


mahu tidak mahu, saya menggunakan keyboard baru... keyboard silikon yang flexible... 

keyboard :: silicone :: flexible

jadi, oleh kerana keyboard ini menghasilkan banyak typo2, maka saya pun sudah keciwa untuk menaip lagi... wireless adapter pula telah mula meragam... sampaikan driver sekejap ada, sekejap tiada... oleh kerana jumlah post adalah berkadar langsung dengan kecekapan keyboard dan kesihatan wireless adapter, maka anda sudah pasti dapat mengagak apa yang terjadi apabila jumlah post yang saya hasilkan adalah sedikit dalam tempoh seminggu... sekian untuk kali ini... (tabah sungguh nak post entri kali ni sebab masa yang di ambil adalah 2 jam setengah!) (T_T)

p/s : kalo rajin, lepas ni saya nak tulis pasal belon udara panas lak~ :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...