dugaan~ dugaan~

baiklah... dugaan kali ini yang ingin saya kongsikan adalah dugaan memiliki henset yang sudah boleh di campak ke laut... dugaan betul bukan? kerana apa? mungkin sesetengah daripada anda yang membaca tahu kenapa... bagi saya, dugaan yang paling besar adalah memiliki henset yang suka men"restart"kan dirinya... ketika ber"sms", "caling-caling", hatta ketika tidak berbuat apa pun beliau akan men"restart"kan dirinya sendiri... namun yang demikian, henset ini usianya baru sahaja mencecah 5 bulan di dalam jagaan saya... 2nd hand la tapi... usia dalam ic beliau, mungkin sudah bertahun... dugaan memiliki henset ini memang terlalu banyak... saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang koleksi henset yang pernah saya miliki... >.<

henset 1 : nokia 3310 

anda semua tentu tidak asing dengan model henset ini bukan? jangan bohonglah yang anda tidak pernah tahu atau tidak pernah melihat atau pun mendengar tentang model ini... ya... saya tahu apa yang anda fikirkan... rata-rata anda semua pernah memiliki henset ini bukan? jangan malu-malu nak mengaku... kerana ini lah model henset dari nokia yang mencetuskan revolusi dalam dunia telekomunikasi di malaysia... henset ini terkenal dengan kekebalannya... jika di baling-baling, masih boleh dipasang kembali dan elok untuk digunakan... saya memiliki henset nokia ini pada tahun 2004, pemberian dari ibu, untuk digunakan di asrama... 
status : dijual (trade in)

henset 2 : nokia 3200

model yang ke 2, masih dari nokia... nokia 3200... kalau tidak pernah melihat, sila rujuk gambar di bawah... henset ini saya beli dengan tujuan melayari internet secara percuma dengan fungsi gprs yang disediakan... ketika di matrik, heboh satu method untuk melayari internet dengan percuma... jadi, adalah satu kerugian di situ jika tidak memiliki henset yang ada gprs... tidak perlu saya ulas lanjut, sila lihat status henset ini dibawah...

status : jahanam

henset 3 : nokia n-gage qd

henset ini pula saya beli ketika di matrik juga... ketika itu, henset n-gage ini menjadi kegilaan di kalangan rakan-rakan saya... oleh kerana saya adalah sorang kaki game seperti mereka, maka saya nekad untuk membeli sebuah... henset ini adalah henset pertama saya yang memiliki pelbagai fungsi... berbekalkan memory card berkapasiti 512mb, saya boleh bermain game dengan grafik yang sangat baik, boleh mendengar mp3, boleh menonton video, dan juga bermain dengan fungsi-fungsi lain yang sangat cool... sekarang henset ini dimiliki oleh adik lelaki saya... tempoh masa beliau bersama saya adalah 3 tahun... apa status henset ini? sila rujuk di bawah...

status : jahanam

henset 4 : sony ericsson w660i

buat kali pertamanya saya membeli henset keluaran sony ericsson... saya membeli model ini dengan harga rm600 hasil duit elaun palapes saya... dengan fungsi tambahan 3g, saya agak teruja memiliki henset ini, namun, sangat-sangat jarang menggunakannya (video call)... boleh kata tidak sampai pun 5 kali... apa-apa pun, henset ini masih lagi berfungsi dengan baik... kelebihan henset ini adalah, kualiti sound yang amat baik dapat di dengari ketika memainkan fungsi mp3... henset ini sudah menjadi milik orang lain... siapa? cuba teka sendiri ok?
 
status : maseh berfungsi

henset 5 :sony ericsson k550i

saya rasa sangat bersalah untuk menceritakan keadaan henset ini... kerana henset ini tidak di ketahui statusnya... henset ini bukanlah kepunyaan saya, namun saya tidak dapat menjaga beliau dengan baik... model henset ini sempat bersama dengan saya hanya beberapa bulan sahaja...

status : tidak diketahui (di curi)

henset 6 : sony ericsson w660i

setelah kehilangan henset diatas, saya mengambil keputusan untuk membeli semula henset model w660i ini... bukan kerana tidak mahu mengganti kembali henset yang hilang tersebut, tetapi untuk tampil lebih serasi kepada si dia dgn memakai model yang sama... saya membeli henset ini dengan cover berwarna hitam... barulah kelihatan macho disamping cover si dia yang berwarna maroon... 

status : jahanam

henset 7 : nokia 1208

henset ini saya beli kerana henset w660i yang telah saya beli dahulu mengalami kerosakan pada mic... tanpa berfikir panjang, saya membeli model ini untuk digunakan sementara waktu, menunggu kepulangan henset w660i balik dari kilang... setelah khidmat beliau tidak lagi diperlukan, saya memberi henset ini kepada ibu saya sebagai ganti henset nokia 3310 beliau yang saya jual dahulu...

status : maseh berfungsi

henset 8 : sony ericsson k660i

setelah kerosakkan yang berlaku pada henset w660i tidak dapat diselamatkan... saya membeli model ini pula... description telah pun saya tulis diatas...

status : nyawa-nyawa ikan

henset 9 : nokia 1280

model ini pula saya baru sahaja membelinya... tujuan saya membeli henset ini adalah kerana saya mempunyai 2 sim card... fungsinya sama sahaja dengan mana-mana model nokia yang lama... kelebihannya cuma memiliki flashlight dan juga suara perempuan yang mengumumkan masa di henset...

status : maseh berfungsi

itulah dia model-model henset yang pernah saya miliki... saya pun terkejut kerana rupa-rupanya saya telah menggunakan 9 buah henset setakat ini... memandangkan henset yang sedia ada telah mendatangkan pelbagai dugaan kepada saya, mungkin saya akan berkira-kira untuk menyambar henset baru menjadikan jumlah terkumpul adalah 10 buah henset... sekian, dari saya untuk dugaan kali ini... :D
tapi duit...
harapan la kalau nak beli henset baru... T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...