kekalahan arsenal...

selamat berjumpa kembali... entry kali ni, seperti mana yg kita lihat pada tajuk, Arsenal kalah di tangan Barcelona... kemenangan bergaya Barcelona di tempat sendiri (Nou Camp) menambah duka buat Arsenal kerana bibit2 kekalah final Carling Cup masih terasa... tahniah buat Barcelona kerana bermain dengan amat baik... keputusan td adalah 3 gol berbalas 1... secara agregat adalah Arsenal 3 - 4 Barcelona... 2 gol di sumbangkn oleh penyerang sensasi Barca iaitu Lionel Messi dan 1 lagi di jaringkan oleh Xavi Hernandez... manakala gol tunggal Arsenal adalah hasil kesilapan Sergio Busquets yg tertanduk ke gawang sendiri... secara kesimpulannya, Barcelona bermain dengan sangat baik dengan permainan cantik dan hantaran2 yg mengelirukan... kesilapan defend Arsenal yg lambat membuang bola dari kawasan kotak penalti mengundang padah apabila Lionel Messi berjaya memanfaatkn peluang dan merembat kencang untuk gol pertama Barcelona... Arsenal yg jarang2 menyerang akhirnya memperoleh peluang apabila mendapat tendangan sudut yg di ambil oleh Samir Nasri... gara2 kekalutan di hadapan gawang, tandukan Sergio Busquets menerjah ke gawang sendiri... permainan menjadi sedikit panas apabila refree melayangkn kad merah kepada penyerang Arsenal, Robin Van Persie yg menendang bola setelah referee meniup wisel kerana penjaga garisan telah pun mengangkat bendera offside...  mmg kontrovesi la kn... x caye korg baca la kt web2 rasmi bola sepak... nk kate berat sebelah, x tau la... ape nk buat, nasi da menjadi bubur... Arsenal yg bermain dengan 10 org, memberi kelebihan kepada Barcelona yg mengganas dengan beberapa percubaan menarik... beberapa percubaan bahaya Barca berjaya di selamatkn oleh penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia yg menggantikan Wojciech Szczesny yg cedera pada separuh masa pertama... gol kedua Barcelona di jaringkan oleh Xavi yg berjaya mengelecek pertahan Arsenal dan menyudahknnya dengan baik... gol ke 3 Barca di jaringkan oleh Messi yg menyempurnakan tendangan penalti berpunca daripada terjahan kasar Laurent Koscielny ke atas Pedro... setelah  pengadil meniup wisel penamat, maka berakhirnya cabaran Arsenal dalam perebutan slot ke quater final Champions League kali ini... tahniah sekali lagi kepada squad Pep Guardiola (Barcelona)... (sedih gile kot ni...) harap2 Arsene Wenger belajar dari kesilapan kali ini, dengan menurunkn kesebelasan yg terbaik untuk pertemuan menentang Manchester United (FA Cup)... kepada Anas, Ahmad Lukman dan Izani, thanks sbb bawak aku p tgk sama2 kt Seksyen 15 Bangi... len kali kita lepak lagi k... Anas, lek lek la k, da xde nasib la bro, Izani lak, ko mmg macho la berdiri masa gol Arsenal... ni compliment ni bukan kutukan okey!!! hahaha... kepada Ahmad Lukman, jgn x g kelas lak, n thanks lepak skali dan sokong team ktorg... wokey, habis sudah entry kalu ni, len kali kita sembang2 pasal bola lagi... ape2 sekali pun, gua tetap sokong Arsenal!!! wink wink... hahahaha...

injured la pulak... nk wat cmne kn...
gerakan cantik dari Messi
 
gol pertama Barca
sepak mula setelah gol pertama
 
sorakan gembira Pep Guardiola
 
Iniesta dan Messi
 
layangan kad merah ke atas Persie 
meraikan gol pertama Arsenal
gol sendiri tandukan oleh Sergio Busquets
gol ke 2 Barca oleh Xavi
gol ke 3 Barca setelah Messi menyudahkn sepakan penalti
2 Responses
  1. blogmumu Says:

    hehe~~kena paksa drop komen..tp xtau nk komen ape sbb entry awk kali nie psal bola..hahaha~~

    Add Reply

  2. H.A.K.I.M Says:

    hehe... xpe2... komen je pape k, jgn malu2... hehe... thanks kerana drop komen di sini... :D

    Add Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...